Jumat, 03 Juni 2011

adad basandi sarak,sarak basandi kitabullah

assalammualaikum warohmatullahi wabaroka'tuh.

salawat dan salam marilah kita panjatkan atas kehadiran ALLAHswt yang mana telah melimpahkan rahmat dan karunianya pada kita bersama.

Sebagai mana telah kita kitahui adad minang kabau berlandaskan algur'an dan hadis nabi dan rasullullah alaihi wasalam.
seperti kata pituah adat kita yang mana berkata : agama bakato adat mamakai.

Kamis, 02 Juni 2011

janji

janganlah engkau mengingkari janji

Peranan Bundo Kanduang di Nagari Kinari.

bundo kanduang



Kedudukan bundo kanduang dalam undang-undang Minangkabau bukan sahaja sebagai penentu zuriat, tetapi juga penguasa rumah gadang dan pemilik harta pusaka, maka ia juga berperanan yang tertonjol sebagai penyimpan hasil usaha ekonomi keluarga. Sehubungan itu, banyak perwatakan diharapkan daripadanya. Antaranya ia harus bersifat yang benar, jujur dan cerdik, selain
arif lagi penyabar.
Kata kunci: Bundo kanduang, undang-undang adat Minangkabau, rumah gadang
ABSTRACT
The position of bundo kanduang in Minangkabau customary law is not only that as determinant of descendants, but also manager of rumah gadang and owner of inherited property, thus playing a preeminent role in family economy. In this context, she is expected to possess many characteristics. Among them are that she must be right, honest, intelligent, besides wise and full of endurance.
Keywords: Bundo kanduang, Minangkabau customary law, rumah gadang

PENGENALAN
Sebelum memperkatakan peranan dan kedudukan perempuan dalam adat Melayu Serumpun, perlu disepakati dahulu tentang konsep Melayu Serumpun. Ia setidaknya dapat difahami dari dua makna: masyarakat Melayu Polinesia dan masyarakat atau suku-suku bangsa di Nusantara. Dalam makalah ini saya ingin memperkatakan Melayu Serumpun dalam rangka masyarakat atau suku-suku bangsa di Nurantara.
Bila menyentuh “perempuan” akan ditemui dua istilah untuk jenis kelamin ini. Satu daripadanya ialah “wanita”. Memperhatikan rasa bahasa dan semantik dalam bahasa Minangkabau, saya memilih istilah “perempuan”. C. van Vollenhoven dalam literatur hukum adat di Indonesia menyatakan Nusantara dibahagikan kepada sembilan belas kelompok masyarakat hukum adat. Ini bermakna ada sembilan belas kumpulan masyarakat menganuti hukum adat yang berbeza antara satu dengan yang lain di Indonesia. Setiap masyarakat itu mempunyai hukum adat yang mengatur kehidupan dan pergaulan hidup dalam masyarakat yang berkenaan. Yang akan dijadikan tumpuan perbincangan dalam makalah ini ialah masyarakat yang mengikuti Adat Minangkabau.
Masyarakat Adat Minangkabau menjalankan kehidupan keluarga tertakluk kepada sistem matrilineal. Dalam sistem kekerabatan ini garis keturunan disusur galur mengikut keturunan ibu. Anak akan menjadi anggota kerabat ibunya dan memperolehi persukuan ibu. Dalam literatur tentang kemasyarakatan dinyatakan bahawa sistem kekerabatan matrilineal yang terbesar di dunia adalah
Minangkabau. Di Sumatera, masyarakat yang tertakluk kepada sistem matrilineal Minangkabau tidak hanya menduduki wilayah Sumatera Barat, tetapi juga provinsi Jambi, Riau dan Sumatera Utara. Di luar Sumatera, sistem kekerabatan yang hampir serupa itu dijumpai di kecamatan Belu, Provinsi Nusa Tenggara Timur.

KEDUDUKAN PEREMPUAN MINANGKABAU
Maksud kedudukan adalah martabat individu dalam masyarakat. Makalah ini khusus menghuraikan martabat perempuan dalam masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat.
Dalam masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, ada dua unsur yang disebut dalam dwi tunggal: mamak dan bundo kanduang (ibu soko dalam bahasa Melayu). Mamak adalah status (juga dinyatakan sebagai institusi) yang diberi kepada laki-laki dalam keturunan keluarga ibu. Termasuk dalam institusi
mamak adalah saudara laki-laki ibu, bapak saudara sebelah ibu, anak laki-laki dari pihak keturunan ibu. Menurut tambo,sejarah Minangkabau, bundo kanduang adalah institusi perempuan. Ia sangat penting. Dalam banyak tulisan, termasuk Tambo Alam Minangkabau yang ditulis Datoek Toeah (1984: 219),
bundo kanduang adalah penguasa perempuan yang diertikan sebagai ratu di Minangkabau. Makna bundo adalah ibu dan kanduang, sejati. Jadi, bundo kanduang adalah ibu sejati yang mempunyai sifat keibuan dan kepemimpinan.
Pengertian itu menyatakan bahawa perempuan ditempatkan sebagai pemilik sifat kepemimpinan. Peranan bundo kanduang dimainkan setiap perempuan di Minangkabau sehinggakan ia adalah panggilan kepada perempuan menurut adat Minangkabau..
Sebagai “pengantar” keturunan, perempuan harus menjaga diri dan menempatkan dirinya dalam aturan adat basandi Syara, tahu membezakan antara baik dan buruk, halal dan haram dalam hal makanan, dan banyak lagi perbuatan lahiriah lain. Bundo kanduang dalam masyarakat Minangkabau mempunyai tempat yang mulia, dikenali “pepatah adat” sebagai Bundo kaduang, limpapeh rumah nan gadang, pusek jalo kumpulan tali, sumarak di dalam kampuang, hiasan dalam nagari.

Kedudukan bundo kanduang dalam undang-undang adat Minangkabau adalah:

a. Penentu nazab (zuriat) keturunan
Semua anak yang lahir daripada nazab ibu akan memperolehi suku ibu dan tidak menurut suku bapak. Dalam sistem metrilineal itu, hubungan antara anak dan keluarga ibu adalah lebih akrab daripada suku bapak. Selanjutnya, pendidikan dan perilaku anak lebih kuat dipengaruhi dan diwarnai perilaku dan kebiasaan yang terdapat di lingkungan keluarga ibu.

b. Limpapeh rumah gadang
Limpapeh rumah gadang bererti perempuan yang berkedudukan sebagai penguasa rumah gadang. Perempuan mempunyai rumah tempat kediaman. Bagi perempuan Minangkabau, mempunyai rumah adalah perkara utama. Pada masa lalu, mamak atau saudara lelaki di Minangkabau tidak akan
berpuas hati selagi belum mampu membina rumah untuk kemenakan atau saudara perempuannya. Hubungan itu sudah berubah masa kini. Dengan terjadinya perubahan hubungan pada keluarga batih (inti), bapak memainkan peranan lebih besar, dan bapak tidak berpuas hati selagi belum membina rumah untuk anak perempuannya. Kehadiran rumah di Minangkabau disyaratkan dalam fatwa seperti dalam perbilangan adat ini Iduik batampek mati bakuburan; Kuburan hiduik di rumah gadang;
kuburan mati di tangah padang. Maknanya hidup ada tempatnya, meninggal ada makamnya; tempat hidup ialah di rumah besar; tempat berkubur di tengah padang.

c. Pemilik harta pusaka
Pemilikan harta, terutamanya tanah dan apa sahaja yang terdapat di atas tanah itu, termasuk rumah, adalah hak milik pihak perempuan. Harta itu berfungsi sebagai sumber ekonomi. Sumber ekonomi yang diutamakan perempuan adalah sawah, ladang, banda buatan (seperti kolam ikan). Semua
harta benda yang berkait dengan tanah itu dimiliki perempuan, sementara laki-laki bertanggung jawab untuk mengurus, mengawas dan memeliharanya untuk kepentingan keluarga matrilineal. Bagi keluarga
matrilineal, lelaki adalah tulang punggung yang kuat bagi perempuan dalam erti kata lelaki memainkan peranan dan tanggung jawab untuk menambah harta benda milik keluarga matrilineal itu.

PERANAN PEREMPUAN MINANGKABAU
Antara makna peranan adalah bahagian yang dimainkan individu, selain tindakannya. Dalam tulisan ini, peranan dimaksudkan sebagai tindakan perempuan dalam masyarakat. Peranan perempuan Minangkabau di Sumatera Barat adalah:

  1. Menyimpan Hasil Usaha Ekonomi, Peranan ini disebut dalam adat Minangkabau sebagai umbun puruak pagangan kunci, umbun puruak aluang bunian. Maknanya perempuan berperanan sebagai pemegang kunci (orang yang menyimpan dan menjaga) hasil kegiatan ekonomi anggota keluarga. Peranan itu telah melekat pada perempuan Minangkabau, bahkan sangat tertonjol semasa lelaki merantau. Perempuan Minangkabau sudah biasa dengan peranannya sebagai ibu tunggal menjaga anak-anaknya sepanjang tempoh suaminya merantau. Dalam masa itu ekonomi keluarga akan menjadi tanggung jawab sepenuh bagi perempuan. Perempuan Minangakabau sudah biasa, kerana sudah terlatih membuatnya. Di Kabupaten Agam dan Kota Bukittinggi, banyak sekali perempuan membuat baju, sulaman, baju kurung, kebaya, telekung dan lain-lain dijadikan home industry.
  2. Sumarak dalam nagari, hiasan dalam kampung (penyemarak dalam nagari dan hiasan (dekor) dalam kampong. Perempuan akan membuat indah dan semaraknya nagari, dalam erti kehidupan dalam nagari. Nagari akan menjadi hidup dan teratur dengan perempuan memainkan pelbagai peranan.
  3. Nan gadang basa batuah (bertuah) Perempuan adalah anggota masyarakat yang istimewa kerana mempunyai karisma yang disegani dari segi kecerdasan dan kepakarannya kepimpinan dan pengkelolaan bukan sahaja dalam keluarga, tetapi juga dalam masyarakat. Mereka akan menjadi pai tampek batanyo, pulang tampek babarito, maknanya pergi tempat bertanya, pulang tempat berberita.
  4. Kaunduang-unduang ka Madinah, ka payuang panji ka sarugo (Penutup kepala atau tudung dari panas atau hujan ke Madinah, untuk payung panji ke Syorga) Dalam pepatah di atas, perempuan dinyatakan sudah memainkan peranan sebagai pelindung dan penjaga anggota keluarga, anggota suku atau kaumnya daripada perbuatan orang lain dan juga perbuatan dirinya yang bertentangan dengan nilai agama dan adat.
  5. Hak suara perempuan dalam mesyuarat Dalam masyarakat Minangkabau, bundo kanduang mempunyai hak dan suara yang sama dengan laki-laki. Semua perkara diputuskan dalam mesyuarat dengan melibatkan suku dan kaum, termasuk majlis perkahwinan. Dalam majlis perkahwinan, peranan perempuan sangat menentukan dalam erti kata majlis perkahawinan tidak akan dilaksanakan jika perempuan tidak bersetuju. Namun, ada tiga pendapat yang bertentangan berkenaan hak dan suara perempuan. Ada yang menyatakan perempuan tidak mempunyainya kerana perempuan tidak boleh duduk bersama dengan lelaki dalam mesyuarat. Ada pula yang menyatakan perempuan boleh menyuarakan pendapatnya kerana mereka boleh menghadiri mesyuarat. Selain itu, ada yang menyatakan perempuan boleh menyampaikan pendapat mereka dengan pertolongan orang laki-laki.
Dalam perkembangannya masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, peranan ini sering dijadikan sasaran kajian. Kajian yang terakhir adalah daripada LP2M (Lembaga Pengkajian dan Pemberdayaan Masyarakat) yang dilakukan dalam tahun 2003 dan mendapati peranan bundo kandung sudah dilemahkan dalam sistem adat Minangkabau. Namun, perempuan telah diletakkan sebagai sosok yang harus dan patut dihormati dan dihargai. Yang pasti adalah perempuan Minangkabau dibimbing secara turun temurun dengan larangan-larangan (sumbang).

PERWATAKAN YANG DIHARAPKAN PADA BUNDO KANDUANG
Bundo kanduang mesti mempunyai sifat kepemimpinan dan ibu sejati sebagai pengantara keturunan yang dapat menentukan sifat manusia yang lahir, lebihlebih lagi menjadi tauladan kepada ahli keluarga dan masyarakatnya. Sifatsifat mulia yang diharapkan adalah di antaranya:
  1. Bersifat benar. Dalam kehidupan bersifat benar dalam perbuatan, perkataan, tingkah laku bukan sahaja penting untuk menegakkan kebenaran tetapi juga menjauhkan sifat dusta. Dalam adatnya, individu diajar supaya tidak mempunyai sifat balain muluik jo hat (cakap tidak serupa bikin).
  2. Bersifat jujur dan dapat dipercayai lahir dan batin. Bundo kanduang hendaklah tidak menipu. Dalam adatnya dia ditegah mempunyai sifat mengguntiang dalam lipatan, manuhuak kawan sairing, melakak kuciang di dapua, manahan jarek dipintu, mencari dama ka bawah rumah, papek dilua runciang di dalam, tunjuak luruih kalingking bakaik. Maknnya menggunting dalam lipatan, menuhuk kawan seiring, memukul kucing di dapur, memasang jerat di pintu, mencari kemiri ke bawah rumah, pepat di luar runcing di dalam, telunjuk lurus kelingking berkait.
  3. Bersifat cerdik. Bundo kanduang harus bersifat cerdik, tahu dan pandai dalam erti mengetahui mudharat dan manfaat, untung rugi, salah dan betul. Di sini, kepandaian itu bermakna pandai meletakkan segala pada tempat yang sesuai.
  4. Pandai berbicara, kerana perempuan dikehendaki mendidik anak dalam rumah tangga, keluarga dan kaumnya.
  5. Mempunyai sifat malu. Bundo kanduang dikehendaki selalu menjaga dan memelihara sifat malu dalam pergaulan.

LARANGAN BAGI BUNDO KANDUANG
Dalam interaksi sosialnya, bundo kanduang mesti mematuhi peraturan dan segala
macam larangan adat, antaranya:
  1. Tidak boleh memecahbelahkan rumah tangga orang lain.
  2. Tidak boleh menghasut, menfitnah dan dengki terhadap orang lain.
  3. Perlu menjaga sifat-sifat perempuan dalam pergaulan dan perbuatan.
  4. Tidak boleh menyakiti, bersombong dan bertakabur.
  5. Tidak boleh bergaul bebas dengan laki-laki yang bukan suaminya.
  6. Tidak boleh melanggar kesopanan
  7. Perlu tahu norma-norma adat dan agama.
  8. Tidak boleh berdusta dan menipu,
  9. Perlu memberi nasihat sesama kawan.
  10. Tidak boleh mencarut
  11. Perlu berhati-hati dalam pakaian dan pergaulan.
  12. Tidak boleh bercakap kasar kepada orang tua, durhaka kepada ibu bapa
  13. Perlu bersopan santun dalam majlis orang ramai.

Selain mempunyai sifat-sifat yang baik dan menjauhi larangan, kewajiban bundo kanduang dalam masyarakat Minangkabau adalah:
  1. Melaksanakan ketentuan adat dan agama.
  2. Memelihara harta pusaka.
  3. Memelihara anak dan kemenakan dari segi lahiriah dan batiniah

Dalam rumah tangga, bundo kanduang dituntut untuk memiliki sifat seperti:
  1. Arif bijaksana dan pandai menjaga ketenteraman rumah tangga.
  2. Hormat dan hikmat.
  3. Pandai mengatur rumah tangga.
  4. Sabar dan hemat.

Dalam adat Minangkabau, terdapat dua belas sumbang yang perlu dijauhi bundo kanduang:
  1. Sumbang duduk: dilarang duduk di tempat banyak laki-laki, atas pintu tingkap, duduk mencangkung dan sebagainya.
  2. Sumbang tegak (berdiri): dilarang duduk dan berdiri di persimpangan jalan tanpa urusan.
  3. Sumbang diam: dilarang tinggal di tempat banyak orang laki-laki dan tinggal bersama bapak tiri berdua orang.
  4. Sumbang perjalanan: dilarang berjalan berduaan dengan laki-laki di tempat sunyi dan gelap.
  5. Sumbang perkataan: dilarang berkelakar di depan orang laki-laki.
  6. Sumbang penglihatan: dilarang menatap orang lain atau barang milik orang lain.
  7. Sumbang pakaian: dilarang berpakaian seperti orang laki-laki.
  8. Sumbang pergaulan: dilarang duduk, bersembang, bercanda dan ketawa kuat dengan orang laki-laki yang bukan muhrimnya.
  9. Sumbang pekerjaan: dilarang membuat kerja yang berat yang dilakukan orang laki-laki.
  10. Sumbang tanya: dilarang mengajukan pertanyaan yang boleh menyinggung perasaan orang lain.
  11. Sumbang jawab: dilarang menjawab pertanyaan orang lain dengan tergesagesa.
  12. Sumbang tingkah laku: dilarang bertingkah laku yang tidak menyenangkan orang lain, seperti berbisik, bercakap sambil melihat orang lain.

KEDUDUKAN DAN PERANAN PEREMPUAN MINANGKABAU DI INDONESIA
Di Minangkabau, ada tiga daerah dikenali sebagai daerah asal adat Minangkabau:
luhak Tanah Datar, luhak Agam dan luhak Lima puluh koto. Sejak zaman penjajahan Belanda dan Jepun sehingga kemerdekaan Indonesia, luhak sebagai bentuk pemerintahan adat Minangkabau hanya tinggal dalam buku sejarah masa silam. Ini disebabkan kebanyakan peraturan itu sudah dipinggirkan, malah diganti peraturan undang-undang baru. Namun, Undang-Undang Dasar 1945 tetap mengakui dan memeliharanya. Dalam ceraian 18b Perubahan Undangundang Dasar 1945 dinyatakan:
Negara mengakui dan menghormati kesatuan-kesatuan masyarakat hukum adat beserta hak-hak tradisionalnya sepanjang masih hidup dan sesuai dengan perkembangan masyarakat dan prinsip Negara Kesatuan Republik Indonesia, yang diatur dalam Undang-Undang.
Dalam menguatkuasakan peraturan hukum dan hak tradisionalnya yang diatur dalam perubahan Undang-undang Dasar 1945, hukum adat diupayakan untuk kembali. Merujuk Akta Nombor 22 tahun 1999 dalam Pemerintahan Daerah (sudah diganti dengan Akta Nombor 32 tahun 2005) yang antara lain memberi laluan kepada Pemerintah Kabupaten atau Kota untuk mengatur rumah tangga berdasarkan prinsip demokrasi; pemberdayaan masyarakat dengan memperhatikan potensi dan keanekaragaman daerah. Menyikapi ketentuan Akta No. 22 tahun 1999 melalui Peraturan Daerah (enaksemen) Propinsi Sumatera Barat Nombor 9 tahun 2000 tentang Ketentuan Pokok Pemerintahan Nagari, Sumatera Barat menetapkan akan kembali ke bentuk Pemerintahan Nagari.
Pemerintahan Nagari untuk menggantikan pemerintahan Desa yang telah dikuatkuasakan di seluruh Indonesia sejak tahun 1979. Penguatkuasaan perintah desa dijadualkan dalam Akta Nombor 5 tahun 1979 tentang Pemerintahan Desa.
Nagari adalah kesatuan masyarakat hukum adat. Ia terdiri dari himpunan beberapa kumpulan suku di Minangkabau. Setiap suku itu mempunyai wilayah dan batas-batas tertentu, selain mempunyai harta sendiri, bebas mengurus rumah tangga masing-masing, termasuk memilih pemimpinnya. Pemerintahan Nagari di Sumatera Barat mengalami sejarah yang panjang. Pemerintahan Nagari pernah cuba dimansuhkan (dan tidak berjaya) daripada masyarakat Minangkabau. Ini berlaku dengan dikuatkuasakan Akta Nombor 5 tahun 1979 tentang Pemerintahan Desa. Akta ini adalah untuk mempersatukan perlembagaan pemerintahan daerah di seluruh Indonesia. Bentuk pemerintahan yang
diperkenalkan undang-undang negara ini adalah “desa”.
Penguatkuasaan Akta ini dirasakan masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat sebagai peraturan yang merosakkan nilai dan budaya adat Minangkabau. Sehubungan itu, maka pada tahun 1983 sudah digubal dan dikuatkuasakan Peraturan Daerah Sendiri, iaitu Peraturan Daerah (Kanun) Nombor 13 tahun
1983. Peraturan ini mengatur keberadaan Kerapatan Adat Nagari sebagai lembaga adat. Lembaga untuk dijadikan pendamping pemerintahan desa dalam melakukan pengelolaan budaya dan adat Minangkabau sebelum dikuatkuasakan Akta Nombor 5 tahun 1979. Dari hasil kajian yang dijalankan adalah didapati keberadaan Peraturan Daerah Nombor 13 tahun 1983 tidak banyak membantu
menempatkan struktur dan budaya Minangkabau kembali ke tempatnya yang asal. Ini disebabkan penguasa adat tidak lagi berperanan sebagai pimpinan dalam masyarakatnya.
Dua puluh tahun kemudian, Pemerintah Negara Republik Indonesia menyedari perlunya diatur kembali pemerintahan dasar. Untuk itu dicadangkan untuk dihidupkan bentuk pemerintahan tradisional yang dianuti masyarakat di daerah. Kembali ke bentuk pemerintahan nagari di Sumatera Barat Daerah
berdasarkan Peraturan Daerah Propinsi Sumatera Barat No. 9 tahun 2000 itu bermakna kembali kepada nilai budaya dan adat Minangkabau. Untuk kembali ke bentuk pemerintahan nagari, kedudukan dan peranan bundo kanduang dalam struktur masyarakat nagari diperlukan.

KEBIJAKAN PEMERINTAH DAERAH SUMATERA BARAT TENTANG KEDUDUKAN DAN PERANAN PEREMPUAN
Dalam masyarakat, baik yang berkelompok mahupun bernegara, peranan dan kedudukan perempuan amat kecil. Untuk meningkatkan peranan perempuan, diperlukan program memperkasakan perempuan.
Kebebasan Pemerintah dalam memperkasakan perempuan, lebih-lebih lagi kesejahteraan dan perlindungan anak, telah digubal Peraturan Pemerintah Nombor 25 Tahun 2000 dan Keputusan Presiden Nombor 163 tahun 2000.
Mengikutnya, kuasa Pemerintah (Pusat) dalam memperkasakan kedudukan dan perempuan melihatkan antaranya:
  1. Penetapan kebijakan di bidang memperkasakan perempuan dan kesejahteraan dan perlindungan anak untuk mendukung pembangunan secara makro.
  2. Penyusunan rencana nasional secara makro untuk memperkasakan perempuan dan kesejahteraan dan perlindungan anak.
  3. Pengaturan perjanjian atau persetujuan internasional yang disahkan atas nama negara di bidang memperkasakan perempuan dan kesejahteraan dan perlindungan anak.
  4. Penetapan kebijakan sistem informasi nasional di bidang memperkasakan perempuan dan kesejahteraan dan perlindungan anak.
  5. Penetapan pedoman dan pemberian dukungan serta kemudahan dalam peningkatan dan kesejajaran dan keadilan gender.
  6. Penetapan pedoman perlindungan dan penghapusan tindak kekerasan terhadap perempuan, anak dan remaja.
Untuk mencapai objektif itu, pemerintah provinsi mesti diberi kuasa berkenaan:
  1. Pelaksanaan kebebasan pemerintah di bidang pemberdayaan perempuan dan kesejahteraan dan perlindungan anak yang bersifat antar kabupaten/kota.
  2. Perancangan, pengurusan dan penyelenggaraan pembangunan Pemberdayaan Perempuan dan Kesejahteraan dan Perlindungan anak secara makro.
  3. Pelatihan bidang memperkasakan perempuan dan kesejahteraan dan perlindungan anak, termasuk kesehatan, kelahirandan lain-lain.
  4. Penelitian di bidang memperkasakan perempuan dan kesejahteraan dan perlindungan anak yang mencakup wilayah
  5. Pengurusan lembaga pemerintah, swasta dan LSM di bidang memperkasakan perempuan dan kesejahteraaan anak.
  6. Pembinaan peranan dan masyarakat di bidang memperkasakan perempuan dan kesejahteraan dan perlindungan anak.
Pada tingkat kabupaten/kota, pemerintah kabupaten/kota perlu mempunyai kuasa. Kuasa itu meliputi:
  1. Kebebasan Pemerintah yang diserahkan kepada kabupaten/kota memperkasakan perempuan dan kesejahteraan dan perlindungan anak.
  2. Perancangan, pelaksanaan, pengendalian dan pemantauan pembangunan memperkasakan perempuan dan kesejahteraan dan perlindungan anak kabupaten/kota.
  3. Penyelarasan lembaga pemerintah, swasta dan LSM di bidang memperkasakan perempuan dan kesejahteraan dan perlindungan anak dalam lingkup kabupaten/kota.
  4. Pembinaan peranan serta masyarakat di bidang memperkasakan perempuan dan kesejahteraan dan perlindungan anak di kabupaten/kota.
  5. Kebebasan di bidang memperkasakan perempuan dan kesejahteraan dan perlindungan anak termasuk ke dalam 11 kuasa wajib yang telah diserahkan (kualiti hidup perempuan di bidang pendidikan, kesehatan, ekonomi dan lain-lain).
Telah diketahui bahawa dalam masyarakat Minangkabu di Sumatera Barat, kedudukan dan peranan perempuan adalah baik, walaupun telah mengalami pasang surut dari masa ke masa, tertakluk kepada perkembangan politik dan budaya. Kebijakan kerajaan dalam memperkasakan kedudukan dan peranan
perempuan itu dilatari sebutan bundo kanduang sebagai limpapeh rumah nan gadang, maka telah ditubuhkan Biro Memperkasakan Perempuan. Visi memperkasakan perempuan di Sumatera Barat kerana hendak diwujudkan kesetaraan dan keadilan jantina, kesejahteraan dan perlindungan anak. Untuk mencapai visi itu, ditetapkan lima misinya:
  1. Meningkatkan kualiti hidup perempuan dan anak di pebagai bidang.
  2. Meningkatkan upaya kesetaraan dan keadilan jantina.
  3. Menghapuskan segala bentuk kekerasan ke atas perempuan.
  4. Menegakkan hak asasi perempuan dan anak.
  5. Meningkatkan kemandirian lembaga dan perempuan.
Dalam makalah ini penulis cuba menunjukkan adanya peraturan daerah yang mengatur rancangan untuk meningkatkan kedudukan dan peranan perempuan dalam pembangunan. Satu dari peraturan itu adalah Peraturan Daerah Kabupaten Agam Nombor 31 tahun 2001 tentang Pemerintahan Nagari untuk
menaikkan taraf perempuan agar mempunyai hak yang sama dengan laki-laki. Ini bermakna perempuan juga boleh dipilih menjadi Wali Nagari kerana dalam Seksyen 1 huruf p. Peraturan Daerah Kabupaten Agam No. 31 tahun 2001 dinyatakan: “putra putri yang dilahirkan menurut garis keturunan ibu
(matrilineal) dan orang yang diakui dan diterima sepanjang adat dalam suatu nagari”.
Selanjutnya dalam Seksyen 24 Peraturan Daerah (Kanun) Kabupaten Agam No. 31 tahun 2001 dinyatakan wanita juga diikutsertakan dalam keanggotaan Panitia Pernilihan Wali Nagari. Keikutsertaan wanita di sini adalah kelembagaan bundo kanduang.
Sementara itu, dalam Seksyen 79 Peraturan Daerah Kabupaten Agam Nombor 31 tahun 2001, menyatakan bundo kaduang adalah termasuk sebagai ahli Badan Legislatif Nagari yang diperkenalkan Badan Perwakilan Rakyat Nagari (disingkat dengan BPRN), di selain nenek Mamak, Alim Ulama,
Cadiak Pandai dan Generasi Muda. Selain itu, bundo kanduang juga termasuk sebagai ahli Majelis Musyawarah Adat dan Syara’ Nagari. Majelis Musyawarah Adat dan Syara’. Nagari adalah Lembaga Permusyuaratan/ Permufakatan Adat dan Syara’ yang berfungsi memberi pertimbangan kepada
Pemerintahan Nagari. Pertimbangan tersebut diperlukan agar Pemerintah Nagari tetap konsisten dalam menjaga dan memelihara penerapan Adat Basandi Syara’, Syara’ Basandi Kitabullah di Nagari. Kebijakan berkenaan meningkatkan peranan perempuan.

KEBIJAKAN DI BIDANG POLITIK
Berlatar belakangkan perbincangan di atas, ternyata bahawa dengan dikuatkuasakan Undang-Undang No. 22 tahun 1999, Pemerintah Kabupaten Agam, maka telah dipertegaskan dan diperkuatkan kedudukan perempuan dalam lembaga ketatanegaraan dan pemerintahan di Indonesia. Masaalah yang dihadapi adalah dalam melaksanakan hukum perempuan diikutsertakan dalam pelbagai kegiatan politik dan ketatanegaraan. Dalam kegiatan pemilihan umum, misalnya, perempuan digalakkan agar aktif di lembaga, seperti diberi peluang untuk duduk di Panwasluh (panitia Pengawas Pemilihan Umum ) tingkat kabupaten.
Dalam meningkatkan peranan perempuan di bidang politk, telah dilaksanakan latihan, sosialisasi dan penyertaan mereka. Sosialisasi iitu telah dilakukan kepada 20 LSM yang aktif (dari 59 LSM yang terdaftar di Kabupaten Agam), bundo kanduang dari nagari-nagari, dan generasi muda. Kegiatan lain
yang dilakukan Bagian Peningkatan Peranan Perempuan pada Kantor Sosial dan Peningkatan Peranan Perempuan Kabupaten dengan pembekalan anggota DPRD Kabupaten berkenaan Peningkatan Peran Perempuan Politik.

KEBIJAKAN DI BIDANG EKONOMI
Kegiatan ekonomi tradisional dalam masyarakat di Kabupaten Agam adalah:
  1. Kerajinan pandan yang ada di Embun Pagi, antara Bukittinggi dan Maninjau.
  2. Konveksi dan bordiran yang ada di Batu Taba, Ampek Angkek, Ampang gadang, Koto Tuo, Balai Gurah, Baso, Palupuh, Banu ampu, Lubuak Basuang dan daerah di sekitar Kota Bukittinggi.
  3. Sulaman yang terkenal di Koto Gadang.
  4. Nelayan di Maninjau yang terkenal dengan ikan salai.
  5. Pertanian
  6. Berdagang.
Di Nagari Pasia, Ampang Gadang dan Biaro Gadang, kegiatan ekonomi perempuan tertumpu kepada aktiviti berdagang dan bertani. Mereka membantu suami dengan pekerjaan bertani pada siang dan menjahit pada malam, baik sebagai pemilik bahan atau pengambil upah. Kerja menjahit dan menyulam
tidak hanya dilakukan orang dewasa, tetapi juga anak-anak perempuan, kerana setiap rumah di daerah ini mempunyai mesin jahit. Anak perempuan akan menjahit setelah pulang sekolah dan setelah menyelesaikan pekerjaan rumah tangga. Kerja menjahit rata-ratanya dilakukan pada malam hari. Kerja menjahit boleh dikatakan telah ditekuni secara turun temurun di kalangan perempuan di Kabupaten Agam dan Kota Bukittinggi.

PENUTUP
Kedudukan dan peranan perempuan di Minangkabau di Sumatera Barat dapat dilihat dari dua segi. Pertama, masyarakat itu mampu bertahan dan mempertahankan nilai-nilai kebudayaannya. Kedua, perempuan sebagai pemegang amanah dalam melindungi dan mewujudkan kesejahteraan masyarakat. Kedua-duanya saling berkaitan dan ada kaitan bukan sahaja dengan kebijaksanaan perempuan sendiri, tetapi juga kebijakan penguasa. Lanjutan daripada itu, adalah disarankan apabila hendak mengadakan perubahan, mudharat dan manfaatnya hendaklah dipertimbangkan. Pertimbangan itu adalah untuk menjaga nilai budaya dan adat yang telah dipunyai masyarakat Minangkabau.

wasalammuallaikum warahmatullahi wabarakatuh

adat budaya minangkabau

ABSTRAK
Kedudukan bundo kanduang dalam undang-undang Minangkabau bukan sahaja sebagai penentu zuriat, tetapi juga penguasa rumah gadang dan pemilik harta pusaka, maka ia juga berperanan yang tertonjol sebagai penyimpan hasil usaha ekonomi keluarga. Sehubungan itu, banyak perwatakan diharapkan daripadanya. Antaranya ia harus bersifat yang benar, jujur dan cerdik, selain
arif lagi penyabar.
Kata kunci: Bundo kanduang, undang-undang adat Minangkabau, rumah gadang
ABSTRACT
The position of bundo kanduang in Minangkabau customary law is not only that as determinant of descendants, but also manager of rumah gadang and owner of inherited property, thus playing a preeminent role in family economy. In this context, she is expected to possess many characteristics. Among them are that she must be right, honest, intelligent, besides wise and full of endurance.
Keywords: Bundo kanduang, Minangkabau customary law, rumah gadang

PENGENALAN
Sebelum memperkatakan peranan dan kedudukan perempuan dalam adat Melayu Serumpun, perlu disepakati dahulu tentang konsep Melayu Serumpun. Ia setidaknya dapat difahami dari dua makna: masyarakat Melayu Polinesia dan masyarakat atau suku-suku bangsa di Nusantara. Dalam makalah ini saya ingin memperkatakan Melayu Serumpun dalam rangka masyarakat atau suku-suku bangsa di Nurantara.
Continue reading ‘Peranan dan Kedudukan Perempuan Melayu dalam Masyarakat Matrilineal Minangkabau di Sumatera Barat’

i
Rate This
Quantcast

Reposisi Peran Dan Fungsi Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah Bagi Masyarakat Nagari Dewasa Ini

•May 16, 2011 • 2 Comments

‘Musyawarat’ – asas demokrasi -,  Sebagai Dasar  Mengembangkan  ‘Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah’



Oleh : H. Mas’oed Abidin
( I )
Firman Allah menyatakan, “ Hai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berkabilah-kabilah (bangsa-bangsa)dan berpuak-puak (suku-suku) supaya kamu saling kenal mengenal …”, (QS.49, al Hujurat : 13).
Nabi Muhammad SAW memesankan bahwa “Perbedaan ditengah-tengah umatku adalah rahmat” (Al Hadist). Dan sebuah lagi, “innaz-zaman qad istadara”, bahwa sesungguhnya zaman berubah masa berganti (Al Hadist).
Untaian kata hikmah di Minangkabau mengungkapkan  “Pawang biduak nak rang Tiku, Pandai mandayuang manalungkuik, Basilang kayu dalam tungku, Disinan api mangko hiduik”.
Selama 31 tahun, telah terjadi banyak perubahan, dan kita tidak boleh berbeda terutama terhadap sistim pemerintahan local yang khas — Nagari di Minangkabau – menjadi segaram, dengan diberlakukannya UU No.5 tahun 1979.
Kembali ke Nagari semestinya lebih dititik beratkan kepada kembali banagari.
Perubahan cepat yang sedang terjadi, apakah karena sebab derasnya gelombang arus globalisasi, atau penetrasi budaya luar (asing) telah membawa akibat bahwa perilaku masyarakat, praktek pemerintahan, pengelolaan wilayah dan asset, serta perkembangan norma dan adat istiadat di banyak nagari di Sumatera Barat mulai tertinggalkan.
Perubahan perilaku tersebut tampak dari lebih mengedepannya perebutan prestise yang berbalut materialistis dan individualis.
Akibatnya, perilaku yang kerap tersua adalah kepentingan bersama dan masyarakat sering di abaikan.
Menyikapi perubahan-perubahan  sedemikian itu, acapkali idealisme kebudayaan Minangkabau menjadi sasaran cercaan.
Indikasinya terlihat sangat pada setiap upaya pencapaian hasil kebersamaan (kolektif dan bermasyarakat) menjadi kurang diacuhkan dibanding pencapaian hasil perorangan (individual).
Sebenarnya, nagari dalam daerah Minangkabau (Sumatera Barat) seakan sebuah republik kecil. Mini Republik ini memiliki sistim demokrasi murni, pemerintahan sendiri, asset sendiri, wilayah sendiri, perangkat masyarakat sendiri, sumber penghasilan sendiri, bahkan hukum dan norma-norma adat sendiri.
(II)
Sebagai masyarakat beradat dengan pegangan adat bersendi syariat dan syariat yang bersendikan Kitabullah, maka kaedah-kaedah adat itu memberikan pula pelajaran-pelajaran antara lain,
1. Mengutamakan prinsip hidup keseimbangan.
Karena ni’mat Allah, sangat banyak. Dan jika kamu menghitung-hitung ni’mat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi maha Penyayang” (QS.16, An Nahl : 18).
Hukum Islam menghendaki keseimbangan antara  perkembangan hidup rohani dan perkembangan jasmani ;
“Sesungguhnya jiwamu (rohani-mu) berhak atas kamu (supaya kamu pelihara) dan badanmu (jasmanimu) pun berhak atasmu supaya kamu pelihara” (Hadist).
Continue reading ‘Reposisi Peran Dan Fungsi Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah Bagi Masyarakat Nagari Dewasa Ini’

i
2 Votes
Quantcast

PASAN MAMAK IV

•May 2, 2011 • 2 Comments

Nan kanduang gadih nan jombang
Kamanakan dek badan diri
Lah tigo surek malayang
Nyampang kok alun tapahami
Mamak ulang sakali lai
Disurek nan ka ampek
Ibarat urang mangaji
Di ulang ulang kok lai dapek
Dibulak baliak bak mamanggang
Di ulang ulang bak manyapuah
Kalau disimak tarang tarang
Jo kieh mamak bapitaruah
Baitulah kito urang diminang
Ma aja anak kamanakan
Indak bacurito taruih tarang
Tapi ba umpamo ba kiasan
Alam takambang jadi guru
Baraja ka pangalaman
Ado nan patuik ditiru
Ado nan pantang dilakukan
Continue reading ‘PASAN MAMAK IV’

i
6 Votes
Quantcast

Surau: Melirik Aktifitas Transmisi Keilmuan Islam Tradisional

•April 29, 2011 • Leave a Comment
Oleh: Apria Putra
Tulisan ini dikutip dari Penelitian Kelompok penulis pada PUSLIT IAIN Padang, 2010
A. Surau dalam Sejarah Pendidikan Islam di Minangkabau
Dalam sejarah pendidikan Islam di Minangkabau, Surau merupakan institusi yang tidak bisa dikesampingkan. Surau memainkan peranan yang sangat signifikan dalam menyebarkan keilmuan Islam jauh sebelum pendidikan modern yang berbasis Madrasah muncul. Dalam sejarah tercatat, tokoh-tokoh besar yang mempunyai pengaruh luas banyak lahir dari Surau. Mereka dididik dan dibesarkan dalam lingkungan Surau. Sebutlah beberapa nama seumpama Syekh Ahmad Khatib al-Minangkabawi (w. 1916) yang pernah menjadi Mufti mazhab Syafi’i dan Imam di Mesjid al-Haram Mekah; Syekh Thahir Jalaluddin yang menjadi Mufti di Pulau Penang Malaysia; Syekh Janan Thaib yang menjadi guru besar pula di Mekah al-Mukarramah, dan banyak lagi lainnya. Begitu pula tokoh-tokoh nasional yang berjasa dalam masa awal pembentukan Indonesia, semisal Agus Salim, Hamka, Hatta dan lainnya. Ketokohan mereka tidak dapat dilepaskan sepenuhnya dari Surau, atau boleh dikata pernah beroleh pendidikan di Surau.
Dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan WJS. Poerwadarminta, Surau diartikan sebagai tempat sembahyang (shalat), mengaji dan langgar. Sedangkan Gerard Moussay dalam Dictionnaire Minangkabau Indonesien menyebutkan bahwa surau ialah tempat belajar Agama; surau digunakan juga sebagai asrama bagi remaja yang mulai tumbuh dewasa.
Dalam Ensiklopedi Pendidikan yang ditulis oleh Soegarda Poerbakawatja, dkk, disebutkan bahwa surau merupakan tempat belajar di Sumatera Barat. Di surau diberikan pelajaran keagamaan. Secara umum Poerbakawatja membagi institusi surau dalam dua tipe, besar dan kecil. Surau besar menyelenggarakan pelajaran rendah sampai yang tinggi. Sedangkan sifat pelajaran dari surau-surau kecil hanya terdiri dari pelajaran menghafal dan menulis. Menurut Snouck Hurgronye, seorang yang rajin dan cerdas akhirnya dapat membaca dan memahami buku-buku fiqih di Surau-surau yang besar dibawah pimpinan seorang guru yang pandai dan bijaksana.
Sedangkan AA. Navis dalam Alam Takambang Jadi Guru memberikan gambaran bahwa surau pada mulanya hanya berfungsi sebagai tempat tinggal laki-laki duda dan bujangan. Lambat laun fungsinya menjurus sebagai tempat pendidikan Agama Islam, menjadi tempat mukim bagi siapa saja yang datang untuk belajar agama, sehingga ulama-ulama muda yang mendapat pendidikan dari sana disebut orang surau. Surau demikian tak obahnya pesantren di Jawa. Surau yang tetap berfungsi seperti asalnya masih ada hingga kini.
Mengenai asal mula penamaan surau, disebutkan bahwa surau pada mula keberadaannya berfungsi sebagai biara budha di Minangkabau, yakni sebelum masuknya pengaruh Islam. Dimasa itu Adityawarman telah membuat sebuah model surau di Minangkabau sebagai pusat pengembangan agama budha. Bahkan dikatakan bahwa asal surau itu dari kata Saruaso, sebuah nama daerah, yang secara harfiyah bermakna surau asal, “surau” dan “aso”. Fungsi ini lama kelamaan berubah setelah masuknya agama Islam, apakah yang berasal dari pantai timur Sumatera atau pantai barat. Hingga akhirnya Surau identik dengan pusat pendidikan Islam di masa lalu.
Sebelum fungsi surau sempurna, surau menjadi milik suku tertentu di Minangkabau. Adapun karakter surau di masa itu ialah:
1) Tempat tinggal bagi anak-anak yang telah berusia lebih dari 6 tahun, para bujangan, duda, pelancong dan orang-orang tua.
2) Tempat berembut mencari mufakat bagi kaum atau suku.
3) Tempat berkumpul, berkomunikasi dan bertemunya anak kemenakan, ipar, bisan dan bako.
4) Tempat mensosialisasikan adat, sopan santun dan tata pergaulan.
5) Tempat belajar silat.
Setelah mendapat pengaruh Islam yang kental, maka fungsi surau bertambah dengan:
1) Tempat belajar mengaji dan sembahyang.
2) Tempat ibadah sehari-hari.
Continue reading ‘Surau: Melirik Aktifitas Transmisi Keilmuan Islam Tradisional’

i
1 Vote
Quantcast

Cermin Bagi Provinsi Pusat Industri Otak

•April 28, 2011 • Leave a Comment
Suryadi*
Padang Ekspres, 28 Des 2008
SEJARAH mencatat bahwa masyarakat Minangkabau adalah etnis yang sangat responsif terhadap kebijakan pendidikan dan politik Belanda di zaman kolonial. Asal-usul Elite Minangkabau Modern memberi kupasan mendalam tentang reaksi masyarakat Minangkabau terhadap sistem pendidikan Barat yang diperkenalkan Belanda di daerah ini sejak pertengahan abad ke-19.
Jauh jarak waktu yang telah ditempuh buku ini untuk sampai kepada pembaca Indonesia. Buku ini berasal dari disertasi Graves, “The Ever-victorious Buffalo: How the Minangkabau of Indonesia solved their ‘colonial question’” (University of Wisconsin, 1971) yang kemudian diterbitkan tahun 1981 yang berjudul The Minangkabau Response to Dutch Colonial Rule in The Nineteenth Century (Ithaca: Cornell Modern Indonesia Project). Baru 26 tahun kemudian edisi Indonesianya terbit. Karena itu selayaknya pujian diberikan kepada para penerjemah, editor ahli, dan penerbit yang telah berupaya menghadirkan buku ini kepada pembaca Indonesia.
Judul utama versi Indonesia buku ini langsung berperan sebagai “etalase” yang menggiring pembaca untuk membayangkan isinya yang memang berbicara tentang sejarah kemunculan kaum elite Minangkabau modern sebagai efek pengenalan pendidikan sekuler yang diperkenalkan Belanda di daerah ini.
Penulis mengawali uraiannya dengan mendeskripsikan alam Minangkabau dan masyarakat tradisionalnya (Bab 1; hlm.1-34). Ada dua topik utama yang dibahas dalam bab ini, yaitu sistem nagari yang khas Minangkabau, dan sistem matrilineal yang sangat mewarnai pola kekerabatan (kinship) dalam keluarga Minangkabau serta sistem pewarisan harta di antara anggota keluarga.
Bab 2 (hlm.35-60) masih membahas nagari dan dunia kehidupannya. Nagari adalah “republik-republik kecil” yang membentuk semacam federasi semu dan berada dalam entitas geografis, budaya, dan politik di bawah wibawa (bukan kuasa) raja Pagaruyung. Penulis juga membahas tradisi merantau yang menjadi saluran masuknya ide-ide pembaharuan ke Minangkabau sekaligus sebagai katup pelepas untuk mengurangi tekanan-tekanan dan letupan sosial di Minangkabau. Selanjutnya dibahas pula kemunculan lembaga-lembaga Islam dan perkembangannya, yang mula-mula memberi ciri tertentu kepada sturuktur sosial masyarakat Minangkabau di kawasan pantai (barat) tetapi akhirnya membawa pengislaman ke pedalaman yang berujung pada munculnya gerakan puritanisme yang dikenal sebagai Perang Paderi.
Continue reading ‘Cermin Bagi Provinsi Pusat Industri Otak’

i
Rate This
Quantcast

Lagu Jenaka Minangkabau

•April 27, 2011 • Leave a Comment
– Deddy Arsya*
WISRAN Hadi dalam sebuah tulisan menyimpulkan, ada beberapa ciri atau karakteristik jenaka yang hidup dan berkembang dalam masyarakat Minangkabau. Jenaka Minangkabau tidak mengeksploitir atau mengeritik kekurangan yang ada pada tubuh pribadi-pribadi; menekankan pada “permainan” kata dan makna; tidak bertendensi untuk memperbodoh-bodohkan seseorang; kritik terhadap sesuatu keadaan, kondisi, perlakuan dan luahan perasaan dari ketertekanan, ketakutan dan kemualan yang terjadi di sekeliling kehidupannya. Menurut Wisran lagi, jenaka hanya merupakan “bungkus” saja dari isi. Dengan demikian, jenaka bukan merupakan tujuan, tetapi menyampaikan isinya, itulah tujuan utamanya.
Lalu bagaimana lirik-lirik lagu Minang yang mengandung unsur-unsur kejenakaan berkembang dari waktu ke waktu, sampai kepada lirik-lirik lagu jenaka Minang kontemporer hari ini? Lewat pemetaan ini sesungguhnya dapat membaca bagaimana perubahan dan dinamika kebudayaan Minangkabau sendiri dalam unsur Sistem Komunikasi (bahasa) secara luas.
Jika orang Minang dikatakan tidak mau berbahasa berterus-terang karena orang yang berbicara berterus-terang adalah orang yang baru tahu berbahasa, dan belum mencapai tahap bisa atau pandai dan lincah, adab dan seni berbahasa. Namun bagaimana kredo itu dapat bertahan ketika bahasa yang berbelit-berbelit dan pelik (dengan bunga-bunga bahasa atau metafor-metafor yang rumit) dianggap menghabiskan waktu, tenaga, dan pikiran. Karena dunia hari ini menginginkan yang serba praktis dan efisian, termasuk dalam berbahasa, dapat menggantikan yang rumit dan pelit tersebut. Adakah anggapan itu terbukti dengan mengambil sampel lirik-lirik jenaka lagu Minang sebagai cerminan. Di tahun 1959, dipopulerkan oleh Oslan Husein, ada lagu dengan judul Geleang Geleang Sapik.
Continue reading ‘Lagu Jenaka Minangkabau’

i
Rate This
Quantcast

Pisau Tajam Mamak

•April 25, 2011 • Leave a Comment
SEBUAH ungkapan Minangkabau mengatakan: mamak bapisau tajam, kamanakan badagiang taba.  Maksud­nya semua niniak mamak pemangku adat yang disebut dengan penghulu dan semua mamak rumah yang bukan penghulu mempunyai kewenangan dan tanggung jawab terhadap anak kemena­kannya.
Disimbolkan dengan pisau tajam itulah ia memiliki kekuatan untuk mengurus kaum, suku dan nagarinya. Sedangkan kamanakan badagiang taba bisa diibaratkan dengan anak kemenakan yang punya kemampuan memadai, baik pengetahuan, wawasan, pergaulan, kepangkatan dan perekono­miannya.
Nah, sekarang bagaimana mamak bisa memainkan pisau tajamnya dan kemanakan bisa pula menempatkan dagiang tabanya?
Pertanyaan ini perlu dikemukakan mengingat kondisi yang berkembang akhir-akhir ini dalam kehidupan masyarakat kita, khususnya dalam tatanan adat budaya Minangkabau.  Semakin hari terjadi penurunan sikap mental atau taratik dan bahkan sudah jauh dari norma-norma yang berlaku.
Oleh karena kemajuan teknologi informasi, maka sudah banyak yang sumbang salah dan malahan ada pula sawah nan indak bapamatang lagi.  Ini semua kenyataan dan kondisi yang kita lihat sehari-hari, terutama di kalangan generasi muda.
Continue reading ‘Pisau Tajam Mamak’

i
Rate This
Quantcast

Kato Pusako : K A T O

•April 23, 2011 • Leave a Comment

Anggang tabang bamangkuto
Rajo bajalan badaulaik
Alang sariknyo bakato-kato
Tiok kato baalamaik
 
Tahu dihereang jo gendeang
Tahu diraso jo pareso
Tahu dikilek jo bayang
Tahu dialamaik kato sampai
Tahu digelek kato habih
Tahu di dahan kamaimpok
Tahu di duri kamancucuak
 
Malangkah di ujuang padang
Basilek di pangka karih
Kato salalu baumpamo
Rundiang salalu bakiasan
 
Kato rajo kato malimpahan
Kato panghulu kato manyalasai
Kato malin kato hakikaik
Kato guru kato pangaja
Kato manti kato bahubuang
Kato dubalang kato mandareh
Kato dagang kato mamacah
Kato parampuan kato marandah
Kato urang banyak kato bagalau
 
Kato nan ampek
Partamo kato pusako
Kaduo kato mupakaik
Katigo kato dahulu batapek-i
Kaampek kato kudian kato bacari
 
 Continue reading 'Kato Pusako : K A T O'

i
1 Vote
Quantcast

100 Tahun Pemberdayaan Perempuan Minangkabau

•April 21, 2011 • Leave a Comment
Oleh Emil Salim
Seratus tahun lalu, tanggal 11 Februari 1911, di rumah pemrakarsa pertemuan, Rekna Puti, yang masih berusia 23 tahun, diselenggarakan pertemuan dipimpin oleh Ruhana (27 tahun). Pertemuan dihadiri 60 perempuan, empat orang ninik-mamak dan ulama.
Mereka sepakat membentuk perkumpulan ”Karadjinan Amai Satia” (KAS) di Kotogadang dengan tujuan: ”Memajukan perempuan di Kotogadang dalam berbagai aspek kehidupan untuk mencapai kemuliaan seluruh bangsa.” Rapat menyepakati pengurus dipimpin Ruhana (Ketua), Rekna Puti (Sekretaris), dan Hadisah, Adisah, Rabai, serta Fatimah sebagai komisaris.
Kotogadang adalah sebuah kampung kecil di tepi Lembah Ngarai dataran tinggi Agam, di hadapan kota Bukittinggi. Sejak abad ke-18, laki-laki merantau mencari ilmu, menjadi pandai emas, dan berdagang. Kaum perempuan, yang tinggal di kampung, waktu muda belajar agama dan adat istiadat, keterampilan menjahit, menyulam, bertenun, merenda, dan menata rumah. Waktu dewasa perempuan disiapkan menjadi istri dan ibu yang baik serta menantu yang sopan.
Protektif pada perempuan
Kehidupan sosial Minangkabau memberlakukan sistem matrilineal, pewarisan, dan kepala keluarga mengikuti garis keturunan ibu. Sedangkan adat istiadat Minangkabau bersendikan ajaran agama Islam. Keadaan ini menumbuhkan pola kehidupan sosial yang sangat protektif terhadap kaum perempuan. Apabila di zaman Kolonial Hindia Belanda sulit memperoleh pendidikan formal bagi kaum laki-laki, maka kondisi perempuan Minangkabau lebih sengsara lagi.
Baru tahun 1846, Residen Steinmetz membuka Sekolah Nagari di Bukittinggi. Banyak murid laki-lakinya berasal dari Kotogadang. Bahkan, pada tahun 1860-an, orang Kotogadang menjadi guru Sekolah Nagari Bukittinggi. Kesempatan berpendidikan ini mendorong para laki-laki Kotogadang melanjutkan pelajaran ke Pulau Jawa di sekolah lanjutan HBS (setingkat SMP-SMA), STOVIA (sekolah kedokteran), dan lain-lain. Akan tetapi, lagi-lagi kaum perempuan tertinggal di kampung tidak mengenyam pendidikan formal.
Continue reading ’100 Tahun Pemberdayaan Perempuan Minangkabau’

i
2 Votes
Quantcast

Kepemimpinan Minangkabau : Aspek Teoritis

•April 18, 2011 • Leave a Comment
Oleh : Muhammad Ilham & Rusydi Ramli
Dari perspektif sosiologi kepemimpinan, leadership (kepemimpinan) adalah kemampuan dan seni seorang leader (pemimpin) dalam memotivasi dan mengkoordinasikan personal/ kelompok dalam melaksanakan peran dan fungsi, kewenangan dan tanggung jawab untuk mencapai tujuan bersama. Dalam perspektif perubahan sosial, kepemimpinan adalah maksimalisasi potensi pengaruh untuk melakukan perubahan sosial ke arah yang lebih baik atau menjaga konsensus yang telah ditetapkan secara bersama-sama. [1] Kepemimpinan merupakan salah satu bentuk fenomena sosial. Tidak berlebihan bila ada yang merumuskan bahwa kepemimpinan itu sudah ada sejak lama, sejak dikenalnya peradaban manusia itu sendiri. George R. Terry mengatakan bahwa kepemimpinan adalah untuk mempengaruhi orang lain agar dapat diarahkan untuk mencapai tujuan organisasi/institusi. Bahkan tujuan tersebut tifak hanya tujuan organisasi tetapi juga tujuan individual.[2] Agar perwujudan pengaruh seorang pemimpin dapat berlangsung secara efektif, seringkali diperlukan kekuasaan atau wewenang. Artinya, perbincangan masalah kepemimpinan, maka ada keterkaitannya dengan pengaruh (influence), kewibawaan (charisma), kekuasaan (power) dan wewenang (authority). Faktor-faktor di atas akan memberikan arah pada pola kepemimpinan seseorang. Makin besar pengaruh dan otoritas yang dipunyai oleh seorang pemimpin, makin besar pula peluangnya untuk mempengaruhi orang lain. Banyak teori yang mengatakan bahwa seorang pemimpin itu dilahirkan, bukan dibuat. Adapula yang mengatakan bahwa seorang pemimpin itu terjadi karena adanya komunitas-komunitas atau kumpulan-kumpulan individual dan ia melakukan pertukaran dengan yang dipimpin. Teori lain mengatakan bahwa pemimpin itu lahir dikarenakan situasinya memungkinkah ia tersebut ada. Ada lima kategori seorang pemimpin mendapatkan kekuasaannya untuk boleh mempengaruhi orang lain. Lima kategori adalah : legitimate power[3], expert power[4], charismatic power[5], reward power dan coercive power[6]. Kelima kategori sumber kekuasaan bertalian erat atau berkaitan dan melekat pada diri seorang pemimpin. Sedangkan Max Weber membagi kepemimpinan tersebut dari perspektif otoritas atas tiga bagian yaitu otoritas kharismatik, otoritas tradisional dan otoritas rasional. Dalam penelitian ini, kepemimpinan didasarkan pada otoritas tradisional yang didasarkan pada pengakuan kultural. Biasanya, kepemimpinan yang didasarkan kepada kepemimpinan tradisional (termasuk juga kepemimpinan genealogic-hereditically atau keturunan dan kharismatik), sangat memudahkan dalam mempengaruhi masyarakat.
Continue reading ‘Kepemimpinan Minangkabau : Aspek Teoritis’

i
Rate This
Quantcast